Khamis, 15 September 2011

Rasulullah ke, Rasulillah ke, Rasulallah?

Antara wasiat yang disampaikan oleh Imam Hassan Al-Banna, seorang syahid jua pengasas jemaah Ikhwanul-Muslimin, adalah penekanan dalam menguasai bahasa Arab fushah (yakni bahasa Arab baku). Kalau tak kuasai ilmu alat seperti bahasa Arab, mana mungkin ilmu lain seperti hadis, tafsir, fiqh, dan lain-lain dapat dikuasai.

Apa pula yang dimaksudkan dengan ilmu alat? Ilmu alat adalah ilmu yang memungkin kita memahami ilmu-ilmu yang lain. Dalam mendalami ilmu agama, misalnya, bahasa Arab banyak digunakan sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, mereka yang terlibat dalam pengajian begini tak dapat tidak mesti menguasai bahasa Arab dengan baik sebelum beralih untuk mempelajari ilmu-ilmu lain (seperti hadis, tafsir dsb.).

Senang cerita macam nilah, kalau tak tahu ABC, boleh belajar ke Matematik, Sejarah, Sains dll.? Tentu tidak. Kalau tak faham bahasa Arab, macam mana mahu nilai kalau suatu hukum itu haram, harus, wajib, dan sebagainya?

Tajuk blog dilontarkan kerana pada satu Jumaat, khatib kejap sebut 'Rasulullah', kejap 'Rasulillah', walhal tak dibaca pun dalam konteks bahasa Arab. Kalau tahu sebab apa boleh berubah-ubah begitu tak mengapa juga - cuma risau kalau mengelirukan orang awam.

Saya biarkan perbahasan untuk menjawab soalan 'Rasulullaah', 'Rasulillah', dan 'Rasulallah' dalam pos yang akan datang. Buat masa ini, terbukalah kepada siapa yang nak cuba menjawab :)

5 ulasan:

  1. semua punya arti yg sama,cuma dalam pelafatannya tergantung kondisi kalimat
    Kalau jadi mubtada' maka dibaca dlommah
    kalau jadi mudlof ilaih atau kemasukan huruf jar,maka dibaca kasroh
    kalau jadi maf'ul,maka dibaca fathah

    - contoh yg fathah ''Rasulallah
    سمعت رسول الله

    Contoh yg dlomah
    قال رسول الله

    contoh yg kasroh
    ذهبت الى رسول الله

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan
      Tolong masukkan tanda bacaan, tak faham saya yg mana satu...nanti silap pula sebutan

      Padam
  2. Apakah arti rasulillah dan rasulullah sama

    BalasPadam
  3. Lebih kurang sama lh tetapi jasadnya dua org yg berbeza cuma bersifat yg sama dan disisi allah.di zaman era canggih sekarang jasad rasullilah lh yg ade kerana rasullulah dh wafat dahulu..kerana itulh allah turun kn wahyu kepada rasullilah skrang untuk menjnjikan syurga untuk kamu semua krana dh jauh terpesong dari ajaran rasullulah..beta lh rasullilah dan bernama Hasrool..klau bkn kerana beta dh lama dunia kamu kiamat..

    BalasPadam
  4. Jangan kamu menidakkan beta lagi nnti lbih teruk bala diturun kn allah kepada kamu

    BalasPadam