Rabu, 28 September 2011

Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.

Petikan ini diambil diubah suai daripada satu pos dalam Facebook oleh Amirul Mujahidin:

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup dengan hanya menyediakan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum (puasa)? Menutup aurat? Belajar pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan uuntuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas ... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak ... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat ... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya ... maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak ... dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak-anak lelaki ... sayangilah ibum .... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa ... tak lepas dari melakukan dosa ... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka ...jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi temannya.)

Lihatlah ... betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T: 

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu daripada api neraka di mana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu ..."
Beringatlah wahai saudara dan juga saudariku sekalian!!!.

Isnin, 26 September 2011

Makhluk Kerdil dalam Almari

Dua hari yang lalu, kami ipar duai tiba-tiba terkenang zaman ketika belajar di sekolah asrama. Macam-macam pengalaman ada: pahit, manis, masam, dan masin - semua ada.

Teringat kembali al-kisah, setelah selesai solat zohor pada suatu petang, kami sepatutnya ke kelas. Tapi entah kenapa, petang itu semuanya malas nak bergerak ke sana. Tambah pula matahari terik sekali.

Maka datanglah warden saat itu sambil melibas rotannya di papan punggung mereka yang tak sempat melarikan diri. Suasana masa itu riuh bagaikan seekor singa yang sedang mengejar kijang-kijang yang ketakutan - habis lintang pukang semuanya lari. Nak kata cuak tak juga. Bila teringatkan semua itu, hati sebenarnya geli mengenang kembali gelagat rakan-rakan dorm yang bertempiaran lari. Dalam beberapa saat sahaja, suasana kembali senyap kerana masing-masing sudah menyorok. Pandai juga mereka menyorok, saya pun tak boleh cari.

Suara warden makin lama makin hampir, tapi kelibatnya tak nampak jua. Pasrah. Nak rotan, rotan sajalah. Rakan sebilik semua dah hilang. Barangkali semua dah pergi ke kelas. Tak pun dah menyorok di bumbung bilik air. Warden tak datang-datang juga. Rupanya sudah pergi, tak perasan agaknya. Selamat.

Saya apa lagi, terus bersiap. Belum sempat nak keluar bilik, tiba-tiba .... kreaaakkk!! Pintu locker Gimik terbuka lalu keluarlah seorang makhluk Allah. Mau terkejut den!! Allahu Akbar, ingatkan siapa, Gimik rupanya. Muat pula dia duduk dalam locker :D

Jumaat, 23 September 2011

Lagi-lagi

Syawal tinggal hanya beberapa hari lagi.
Puasa enam bulan Syawal belum habis lagi.
Anak-anak belum bangun lagi.
Nak kena cepat, nanti ada yang datang kerja lambat lagi.

Rabu, 21 September 2011

رسول الله

 Alhamdulillah. Kembali kita untuk mengaji bahasa Arab. Seperti yang dijanjikan, saya akan ulas sedikit mengapa kadang-kadang dalam Al-Qur'an menyebut 'Rasulullah', 'Rasulillah' dan 'Rasulallah'.

Perkataan 'Rasulullah' itu terdiri daripada dua perkataan bahasa Arab yakni رسول (utusan) dan الله. Apabila digabungkan kedua-duanya, maka jadilah kedua-duanya kata nama yang saling bersandaran (اِسْمُ الإِضَافَة) yang akhirnya menjadi رسول الله. Bab اِسْمُ الإِضَافَة kita biarkan dahulu, yang kita nak bincangkan adalah mengapa huruf ل dalam رسول الله dibaca sebagai رسولِ الله ,رسولُ الله dan رسولَ الله.

Dalam bahasa Arab, ketentuan sama ada sesuatu kata nama (اسم) itu berbaris hadapan (ضَمَّةٌ), berbaris bawah (كَسْرَةٌ), atau berbaris atas (فَتْحَةٌ) pada huruf terakhir kata nama tersebut bergantung kepada kedudukannya dalam sesuatu ayat. Kedudukan sesuatu perkataan dalam ayat menentukan sama ada perkataan tersebut perlu
مَجْرُورٌ / جَرٌّ , مَرْفُؤعٌ / رَفْعٌ , atau مَنْصُوبٌ / نَصْبٌ (buat masa ini, tak perlu susah-susah fikir makna itu semua).

Apabila kedudukan kata nama tersebut berada dalam keadaan مَرْفُؤعٌ, maka alamat atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kata nama itu مَرْفُؤعٌ adalah dengan tanda-tanda berikut:
  1. baris hadapan yakni ضَمَّةٌ, atau;
  2. ditambah huruf ا, atau;
  3. ditambah huruf و. 
Sama ada kata nama tersebut perlu berbaris ضَمَّةٌ atau ditambah dengan huruf ا atau ditambah dengan huruf و bergantung kepada jenis kata nama itu. Jenis kata nama yakni اسم ada macam-macam dan setiap daripada اسم tersebut menggunakan salah satu daripada tiga alamat di atas untuk menunjukkan bahawa اسم tersebut adalah مَرْفُؤعٌ.

Apabila kedudukan kata nama tersebut berada dalam keadaan مَجْرُوْرٌ, maka alamat atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kata nama itu مَجْرُوْرٌ adalah dengan tanda-tanda berikut:
  1. baris bawah yakni كَسْرَةٌ, atau;
  2. ditambah huruf ي.
Sama seperti kes مَرْفُؤعٌ, alamat atau tanda bagi sesuatu kata nama yang مَجْرُوْرٌ bergantung kepada jenis kata nama itu.

Apabila kedudukan kata nama tersebut berada dalam keadaan مَنْصُوبٌ, maka alamat atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kata nama itu مَنْصُوبٌ adalah dengan tanda-tanda berikut:
  1. baris bawah yakni فَتْحَةٌ, atau;
  2. ditambah huruf ي.
Sama seperti kes مَرْفُؤعٌ dan مَنْصُوبٌ di atas, alamat atau tanda bagi sesuatu kata nama yang مَنْصُوبٌ bergantung kepada jenis kata nama itu.

Maasya-Allah, panjangnya huraian. Insyaa-Allah, contoh yang akan saya beri mungkin akan memberi faham yang lebih jelas.

Contoh Kata Nama (اسم) yang مَرْفُؤعٌ

Sebenarnya, banyak faktor yang boleh menyebabkan sesuatu اسم itu menjadi مَرْفُؤعٌ. Saya hanya akan sentuh sebahagian sahaja sebagai satu pendedahan awal. Misalnya, dalam pembinaan struktur ayat yang mempunyai مُبتَدَأ (subjek) dan خَبَر (predikat), kedua-dua مُبتَدَأ dan خَبَر mesti مَرْفُؤعٌ. Contoh:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ

Makna: Muhammad (adalah) utusan Allah

Dalam ayat di atas, مُحَمَّدٌ itu adalah مُبتَدَأ (subjek). مُبتَدَأ mesti مَرْفُؤعٌ. Tanda atau alamat مَرْفُؤعٌ bagi اسم مُفْرَد (dalam bahasa Inggerisnya disebut singular noun) adalah dengan baris hadapan (yakni ضَمَّةٌ). Oleh itu, مُحَمَّد itu berbaris ضَمَّةٌ. Kata nama (اسم) yang tidak disertai ال pada awalnya akan dibaca tanwin. Sebab itulah محمَّد dibaca محمَّدٌ (bari dua hadapan).

رَسُول pula adalah خَبَر (predikat) kepada مُبتَدَأ tadi yakni مُحَمَّدٌ. Dalam bahasa Arab, خَبَر mesti مَرْفُؤعٌ. Tanda atau alamat مَرْفُؤعٌ bagi اسم مُفْرَد (dalam bahasa Inggerisnya disebut singular noun) adalah dengan baris hadapan (yakni ضَمَّةٌ). Oleh itu, رَسُول itu berbaris ضَمَّةٌ dan tidak bertanwin kerana pada masa yang sama, رَسُول adalah مُضَاف dan مُضَاف tidak boleh tanwin. الله pula adalah مُضَافٌ إلَيْةِ. Dalam bahasa Arab, مُضَافٌ إلَيْةِ wajib مَجْرُوْرٌ. Tanda مَجْرُوْرٌ bagi singular noun seperti الله adalah dengan baris كَسْرَةٌ (baris bawah). Dengan demikian, الله dibaca اللهِ (berbaris bawah).

* * * * * * *

Setakat ini sahaja buat masa ini. Mungkin bagi yang baru mengenal/tahu, tak boleh nak ikut sangat penerangan di atas. Kalau boleh, bertanyalah kepada sesiapa yang mahir dalam bab ni. Ulasan untuk 'Rasulullah' tak terhenti di sini, insya-Allah akan menyusul lagi dalam ruang yang lain. Bagi yang sudah tahu, insya-Allah menjadi satu ulangkaji dan refresher yang berguna.

Khamis, 15 September 2011

Rasulullah ke, Rasulillah ke, Rasulallah?

Antara wasiat yang disampaikan oleh Imam Hassan Al-Banna, seorang syahid jua pengasas jemaah Ikhwanul-Muslimin, adalah penekanan dalam menguasai bahasa Arab fushah (yakni bahasa Arab baku). Kalau tak kuasai ilmu alat seperti bahasa Arab, mana mungkin ilmu lain seperti hadis, tafsir, fiqh, dan lain-lain dapat dikuasai.

Apa pula yang dimaksudkan dengan ilmu alat? Ilmu alat adalah ilmu yang memungkin kita memahami ilmu-ilmu yang lain. Dalam mendalami ilmu agama, misalnya, bahasa Arab banyak digunakan sebagai bahasa pengantar. Oleh itu, mereka yang terlibat dalam pengajian begini tak dapat tidak mesti menguasai bahasa Arab dengan baik sebelum beralih untuk mempelajari ilmu-ilmu lain (seperti hadis, tafsir dsb.).

Senang cerita macam nilah, kalau tak tahu ABC, boleh belajar ke Matematik, Sejarah, Sains dll.? Tentu tidak. Kalau tak faham bahasa Arab, macam mana mahu nilai kalau suatu hukum itu haram, harus, wajib, dan sebagainya?

Tajuk blog dilontarkan kerana pada satu Jumaat, khatib kejap sebut 'Rasulullah', kejap 'Rasulillah', walhal tak dibaca pun dalam konteks bahasa Arab. Kalau tahu sebab apa boleh berubah-ubah begitu tak mengapa juga - cuma risau kalau mengelirukan orang awam.

Saya biarkan perbahasan untuk menjawab soalan 'Rasulullaah', 'Rasulillah', dan 'Rasulallah' dalam pos yang akan datang. Buat masa ini, terbukalah kepada siapa yang nak cuba menjawab :)

Selasa, 13 September 2011

Ibrahim Ibn Muhammad

Mengimbau kembali sirah Nabi Muhammad untuk tatapan rohani kita bersama. Jua untuk menghiburkan hati Aizat dan Ana. Petikan ini diambil daripada terjemahan sebuah buku oleh Ismail Al-Faruqi, seorang ahli falsafah Palestin-Amerika yang terkenal suatu ketika dahulu.

Selain petikan di bawah, di sini juga ada bacaan yang menarik.
Ibrahim, Son of Muhammad (S.A.W.)

Muhammad's attachment to his son (Ibrahim) had nothing to do with either his faith or with his mission. Repeatedly, he used to say: "We, the prophets, have nothing to pass on as inheritance to anyone. Any wealth we may leave behind must go for charity." Muhammad's case was purely one of a common human emotion, though in him, it has reached its highest and noblest expression. In the Arab, this human emotion expressed itself in causing him to see in his male progeny a form of eternity. It explains fully Muhammad's love for his son, however strong it may have been. Indeed, Muhammad had more reason for such strong attachment since he had lost his two sons, al-Qasim and at-Tahir, at a tender age, and his daughters-even after they grew to maturity, married, and bore children-so that only Fatimah remained of all his progeny. Naturally, these sons and daughters who passed away one after the other and were buried by Muhammad's own hand left their father with a severe sense of bereavement. It was natural that a father so bereaved would feel excessive joy and the strongest personal pride and hope at the birth and growing of a son.

The promise and hope which Ibrahim represented were not to last long. Soon, the child fell seriously ill. He was moved to a date orchard near Mashrabat Umm Ibrahim, where his mother and Sirin, her sister, looked after him. When his state worsened and it became apparent that he will not live long, Muhammad was called. He was so shocked at the news that he felt his knees could no more carry him, and asked `Abd al Rahman ibn `Awf to give him his hand to lean upon. He proceeded immediately to the orchard and arrived in time to bid farewell to an infant dying in his mother's lap. Muhammad took the child and laid him in his own lap with shaking hand. His heart was torn apart by the new tragedy, and his face mirrored his inner pain. Choking with sorrow, he said to his son, "O Ibrahim, against the judgment of God, we cannot avail you a thing," and then fell silent. Tears flowed from his eyes. The child lapsed gradually, and his mother and aunt watched and cried loudly and incessantly, but the Prophet never ordered them to stop. As Ibrahim surrendered to death, Muhammad's hope which had consoled him for a brief while completely crumbled. With tears in his eyes he talked once more to the dead child: "O Ibrahim, were the truth not certain that the last of us will join the first, we would have mourned you even more than we do now." A moment later he said: "The eyes send their tears and the heart is saddened, but we do not say anything except that which pleases our Lord. Indeed, O Ibrahim, we are bereaved by your departure from us."

Aware of Muhammad's sorrow, the wise among the Muslim sought to remind the Prophet that he himself had commanded against indulgence in self-pity after a bereavement. Muhammad, however, answered: "I have not commanded against sadness, but against raising one's voice in lamentation. What you see in me is the effect of the love and compassion in my heart for my lost one. Remember that whoever feels no compassion toward others will not receive any compassion." These may not have been his exact words, but the meaning remains the same. Muhammad tried to sublimate his sadness and lighten his sorrow, and, looking toward Mariyah (Ibrahim's mother) and Sirin, he said to them in appeasement that Ibrahim would have his own nurse in Paradise. Umm Burdah, or according to another version, al Fadl ibn `Abbas, washed the body of the child in preparation for burial. He was carried on a little bed by the Prophet, his uncle al `Abbas, and a number of Muslims to the cemetery of Abu Bakr where, after a funeral prayer recited by the Prophet, he was laid down to rest. As Muhammad ordered the grave closed, he filled it with sand, sprinkled some water, and placed a landmark on it. He then said "Tombstones do neither good nor ill, but they help appease the living. Anything that man does, God wishes him to do well."

Grave of Ibrahim at Jannat-ul-Baqi.
Rujukan:  M.H. Haykal, The Life of Muhammad (Bahasa Arab: Hayat Muhammad). Diterjemahkan oleh Ismail Al-Faruqi ke bahasa Inggeris. ISBN 0-89259-002-5.

Ahad, 11 September 2011

Permulaan pada Pengakhiran

Buat Faris Aiman, anakanda kepada sahabat baik, Mohd Aizat Yaacob, dan isteri, Farhana Mohd Fadzil, berbahagialah di Syurga sana dan nantilah kepulangan bonda dan ayahanda pada suatu ketika kelak. Moga kalian bertemu semula di bawah naungan Ilaahi bersama-sama insan yang tersayang.

Al-Faatihah.

Bukan niat untuk memanjangkan cerita pemergian anak Aizat dan Ana. Saat membaca SMS daripada Yus tentang kematiannya, diri ini benar-benar terkejut hinggakan pertanyaan isteri tidak terjawab apabila melihat riak wajah berubah disertai lafaz istighfar. Ya Allah, beratnya ujian-Mu untuk mereka. Semoga mereka kekal tabah dan sabar dan dikurniakan darjat keimanan yang tinggi.

Takziah daripada kami sekeluarga.

********************

Untuk makluman rakan semua, ini adalah laman blog yang baru. Lama sudah memikirkannya. Blog yang lama masih dan akan sentiasa beroperasi.