Isnin, 26 September 2011

Makhluk Kerdil dalam Almari

Dua hari yang lalu, kami ipar duai tiba-tiba terkenang zaman ketika belajar di sekolah asrama. Macam-macam pengalaman ada: pahit, manis, masam, dan masin - semua ada.

Teringat kembali al-kisah, setelah selesai solat zohor pada suatu petang, kami sepatutnya ke kelas. Tapi entah kenapa, petang itu semuanya malas nak bergerak ke sana. Tambah pula matahari terik sekali.

Maka datanglah warden saat itu sambil melibas rotannya di papan punggung mereka yang tak sempat melarikan diri. Suasana masa itu riuh bagaikan seekor singa yang sedang mengejar kijang-kijang yang ketakutan - habis lintang pukang semuanya lari. Nak kata cuak tak juga. Bila teringatkan semua itu, hati sebenarnya geli mengenang kembali gelagat rakan-rakan dorm yang bertempiaran lari. Dalam beberapa saat sahaja, suasana kembali senyap kerana masing-masing sudah menyorok. Pandai juga mereka menyorok, saya pun tak boleh cari.

Suara warden makin lama makin hampir, tapi kelibatnya tak nampak jua. Pasrah. Nak rotan, rotan sajalah. Rakan sebilik semua dah hilang. Barangkali semua dah pergi ke kelas. Tak pun dah menyorok di bumbung bilik air. Warden tak datang-datang juga. Rupanya sudah pergi, tak perasan agaknya. Selamat.

Saya apa lagi, terus bersiap. Belum sempat nak keluar bilik, tiba-tiba .... kreaaakkk!! Pintu locker Gimik terbuka lalu keluarlah seorang makhluk Allah. Mau terkejut den!! Allahu Akbar, ingatkan siapa, Gimik rupanya. Muat pula dia duduk dalam locker :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan