Rabu, 21 September 2011

رسول الله

 Alhamdulillah. Kembali kita untuk mengaji bahasa Arab. Seperti yang dijanjikan, saya akan ulas sedikit mengapa kadang-kadang dalam Al-Qur'an menyebut 'Rasulullah', 'Rasulillah' dan 'Rasulallah'.

Perkataan 'Rasulullah' itu terdiri daripada dua perkataan bahasa Arab yakni رسول (utusan) dan الله. Apabila digabungkan kedua-duanya, maka jadilah kedua-duanya kata nama yang saling bersandaran (اِسْمُ الإِضَافَة) yang akhirnya menjadi رسول الله. Bab اِسْمُ الإِضَافَة kita biarkan dahulu, yang kita nak bincangkan adalah mengapa huruf ل dalam رسول الله dibaca sebagai رسولِ الله ,رسولُ الله dan رسولَ الله.

Dalam bahasa Arab, ketentuan sama ada sesuatu kata nama (اسم) itu berbaris hadapan (ضَمَّةٌ), berbaris bawah (كَسْرَةٌ), atau berbaris atas (فَتْحَةٌ) pada huruf terakhir kata nama tersebut bergantung kepada kedudukannya dalam sesuatu ayat. Kedudukan sesuatu perkataan dalam ayat menentukan sama ada perkataan tersebut perlu
مَجْرُورٌ / جَرٌّ , مَرْفُؤعٌ / رَفْعٌ , atau مَنْصُوبٌ / نَصْبٌ (buat masa ini, tak perlu susah-susah fikir makna itu semua).

Apabila kedudukan kata nama tersebut berada dalam keadaan مَرْفُؤعٌ, maka alamat atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kata nama itu مَرْفُؤعٌ adalah dengan tanda-tanda berikut:
  1. baris hadapan yakni ضَمَّةٌ, atau;
  2. ditambah huruf ا, atau;
  3. ditambah huruf و. 
Sama ada kata nama tersebut perlu berbaris ضَمَّةٌ atau ditambah dengan huruf ا atau ditambah dengan huruf و bergantung kepada jenis kata nama itu. Jenis kata nama yakni اسم ada macam-macam dan setiap daripada اسم tersebut menggunakan salah satu daripada tiga alamat di atas untuk menunjukkan bahawa اسم tersebut adalah مَرْفُؤعٌ.

Apabila kedudukan kata nama tersebut berada dalam keadaan مَجْرُوْرٌ, maka alamat atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kata nama itu مَجْرُوْرٌ adalah dengan tanda-tanda berikut:
  1. baris bawah yakni كَسْرَةٌ, atau;
  2. ditambah huruf ي.
Sama seperti kes مَرْفُؤعٌ, alamat atau tanda bagi sesuatu kata nama yang مَجْرُوْرٌ bergantung kepada jenis kata nama itu.

Apabila kedudukan kata nama tersebut berada dalam keadaan مَنْصُوبٌ, maka alamat atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kata nama itu مَنْصُوبٌ adalah dengan tanda-tanda berikut:
  1. baris bawah yakni فَتْحَةٌ, atau;
  2. ditambah huruf ي.
Sama seperti kes مَرْفُؤعٌ dan مَنْصُوبٌ di atas, alamat atau tanda bagi sesuatu kata nama yang مَنْصُوبٌ bergantung kepada jenis kata nama itu.

Maasya-Allah, panjangnya huraian. Insyaa-Allah, contoh yang akan saya beri mungkin akan memberi faham yang lebih jelas.

Contoh Kata Nama (اسم) yang مَرْفُؤعٌ

Sebenarnya, banyak faktor yang boleh menyebabkan sesuatu اسم itu menjadi مَرْفُؤعٌ. Saya hanya akan sentuh sebahagian sahaja sebagai satu pendedahan awal. Misalnya, dalam pembinaan struktur ayat yang mempunyai مُبتَدَأ (subjek) dan خَبَر (predikat), kedua-dua مُبتَدَأ dan خَبَر mesti مَرْفُؤعٌ. Contoh:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ

Makna: Muhammad (adalah) utusan Allah

Dalam ayat di atas, مُحَمَّدٌ itu adalah مُبتَدَأ (subjek). مُبتَدَأ mesti مَرْفُؤعٌ. Tanda atau alamat مَرْفُؤعٌ bagi اسم مُفْرَد (dalam bahasa Inggerisnya disebut singular noun) adalah dengan baris hadapan (yakni ضَمَّةٌ). Oleh itu, مُحَمَّد itu berbaris ضَمَّةٌ. Kata nama (اسم) yang tidak disertai ال pada awalnya akan dibaca tanwin. Sebab itulah محمَّد dibaca محمَّدٌ (bari dua hadapan).

رَسُول pula adalah خَبَر (predikat) kepada مُبتَدَأ tadi yakni مُحَمَّدٌ. Dalam bahasa Arab, خَبَر mesti مَرْفُؤعٌ. Tanda atau alamat مَرْفُؤعٌ bagi اسم مُفْرَد (dalam bahasa Inggerisnya disebut singular noun) adalah dengan baris hadapan (yakni ضَمَّةٌ). Oleh itu, رَسُول itu berbaris ضَمَّةٌ dan tidak bertanwin kerana pada masa yang sama, رَسُول adalah مُضَاف dan مُضَاف tidak boleh tanwin. الله pula adalah مُضَافٌ إلَيْةِ. Dalam bahasa Arab, مُضَافٌ إلَيْةِ wajib مَجْرُوْرٌ. Tanda مَجْرُوْرٌ bagi singular noun seperti الله adalah dengan baris كَسْرَةٌ (baris bawah). Dengan demikian, الله dibaca اللهِ (berbaris bawah).

* * * * * * *

Setakat ini sahaja buat masa ini. Mungkin bagi yang baru mengenal/tahu, tak boleh nak ikut sangat penerangan di atas. Kalau boleh, bertanyalah kepada sesiapa yang mahir dalam bab ni. Ulasan untuk 'Rasulullah' tak terhenti di sini, insya-Allah akan menyusul lagi dalam ruang yang lain. Bagi yang sudah tahu, insya-Allah menjadi satu ulangkaji dan refresher yang berguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan